Hantaran
Hantaran lazimnya adalah hadiah yang diberikan kepada
pasangan kita pada hari pertunangan atau hari perkahwinan, Tradisi membalas
dulang hantaran adalah sebagai simbolik yang dimana kita menerima dan merestui
pasangan kita.
Tiada ketetapan dalam menentukan jumlah hantaran dan bentuk
hantaran, tetapi secara kebiasaanya
jumlah hantaran pihak perempuan kepada pihak lelaki adalah
dilebihkan 2 dulang hantaran dan hendaklah dalam jumlah yang ganjil.sebagai
contoh jika lelaki memberikan 5 dulang maka pihak perempuan hendaklah
membalasnya dengan 7 dulang hantaran. Mengapa dan kenapa harus ganjil dan lebih
2 dulang bagi pihak perempuan masih dalam pertanyaan, Jadi kepada anak-anak ikut
sahajalah cakap orang tua selagi ianya tidak menyalahi syarak. (Kalau tidak kena tahan sajalah telinga kena bebel nanti..haha)
Contoh-contoh barang hantaran adalah dan kebiasaannya
disediakan oleh orang Melayu kita seperti
1) Sireh Junjung atau Tepak sireh
2) Cincin atau gelang tangan atau rantai leher
3) Jam Tangan
4) Set Tali pinggan dan wallet
5) Set Minyak Wangi atau Set Mandian
6) Coklat- kebiasaanya Ferrero Rocher
7) Buah-Buahan segar- tapi bukan durian (haha)
8) Kain Pasang seperti sutera atau batik
9) Kasut
10) Al-Quran atau Buku-buku Ilmiah
Zaman dahulu hiasan dan gubahan hantaran selalunya Ibu-ibu
atau makcik-makcik kita yang akan tolong hiaskan, orang kata lebih muafakat. Aktiviti
ini jugalah yang mengeratkan silaturahim sesama adik-beradik dan merancakkan
lagi sesi gossip-gosip semasa (haha). Tapi zaman sekarang disebabkan sekatan
masa dan jarak yang jauh, ramai anak-anak muda akan serahkan tugasan ini kepada
butik-butik pengantin contohya kepada kami di dpelamincouture.
Kami di dpelamincouture mengenakan sewaan hantaran bermula
serendah RM30 hingga RM60 sedulang bergantung kepada material dan komplikasi
hiasan dulang hantaran itu. Selalunya kami akan mengambil masa selama 1-2
minggu untuk menyiapkan set dulang hantaran. Untuk koleksi bolehlah lawati
Instagram kami:D_PELAMIN.
-dpelamincouture-
-dpelamincouture-
No comments:
Post a Comment