Monday 1 August 2016

Dulang Hantaran by dpelamincouture

Hantaran

Hantaran lazimnya adalah hadiah yang diberikan kepada pasangan kita pada hari pertunangan atau hari perkahwinan, Tradisi membalas dulang hantaran adalah sebagai simbolik yang dimana kita menerima dan merestui pasangan kita.

Tiada ketetapan dalam menentukan jumlah hantaran dan bentuk hantaran, tetapi secara kebiasaanya
jumlah hantaran pihak perempuan kepada pihak lelaki adalah dilebihkan 2 dulang hantaran dan hendaklah dalam jumlah yang ganjil.sebagai contoh jika lelaki memberikan 5 dulang maka pihak perempuan hendaklah membalasnya dengan 7 dulang hantaran. Mengapa dan kenapa harus ganjil dan lebih 2 dulang bagi pihak perempuan masih dalam pertanyaan, Jadi kepada anak-anak ikut sahajalah cakap orang tua selagi ianya tidak menyalahi syarak. (Kalau tidak kena tahan sajalah telinga kena bebel nanti..haha)

Contoh-contoh barang hantaran adalah dan kebiasaannya disediakan oleh orang Melayu kita seperti
1) Sireh Junjung atau Tepak sireh
2) Cincin atau gelang tangan atau rantai leher
3) Jam Tangan
4)  Set Tali pinggan dan wallet
5) Set Minyak Wangi atau Set Mandian
6) Coklat- kebiasaanya Ferrero Rocher
7) Buah-Buahan segar- tapi bukan durian (haha)
8) Kain Pasang seperti sutera atau batik
9) Kasut
10) Al-Quran atau Buku-buku Ilmiah

Zaman dahulu hiasan dan gubahan hantaran selalunya Ibu-ibu atau makcik-makcik kita yang akan tolong hiaskan, orang kata lebih muafakat. Aktiviti ini jugalah yang mengeratkan silaturahim sesama adik-beradik dan merancakkan lagi sesi gossip-gosip semasa (haha). Tapi zaman sekarang disebabkan sekatan masa dan jarak yang jauh, ramai anak-anak muda akan serahkan tugasan ini kepada butik-butik pengantin contohya kepada kami di dpelamincouture.

Kami di dpelamincouture mengenakan sewaan hantaran bermula serendah RM30 hingga RM60 sedulang bergantung kepada material dan komplikasi hiasan dulang hantaran itu. Selalunya kami akan mengambil masa selama 1-2 minggu untuk menyiapkan set dulang hantaran. Untuk koleksi bolehlah lawati Instagram kami:D_PELAMIN.

-dpelamincouture-

Tuesday 17 May 2016

Mahar,Mas Kahwin dan Hantaran

Ni nak cerita sikit pasal Mahar dan Hantaran. Sumber diambil dari blog-blog dan Laman sesawang yang boleh dipercayai.

Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd. Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.

Mas kahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
" Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka ". ( Surah An-Nisaa' - Ayat 4 )
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." ( Riwayat Bukhari ).

Perbezaan Mas Kahwin dan hantaran
Terdapat perbezaan di antara mas kahwin dan hantaran. Mas kahwin merupakan pemberian wajib, tetapi hantaran lebih merupakan hadiah kepada pihak isteri.

Hantaran adalah tidak wajib,dan terpulang kepada individu untuk memberikan nilainya kadang2 boleh mencecah 99999!.Yang penting tepuk dada tanya poket anda.

Ia juga boleh dianggap sebagai hadiah kepada isteri yang kini bakal menjadi pasangannya. Sekiranya wang hantaran telah diserahkan kepada pihak isteri, maka terpulang kepada isteri untuk membelanjakannya.Selalunya wang hantaran digunakan untuk tampung kenduri bg pihak perempuan.

Kami di dpelamincouture ada menyediakan perkhidmatan sewa hantaran yang cantik dan berpatutan,follow blog kami dan kami akan lampirkan pada post yang akan datang.atau follow kami di
Instagram:D_PELAMIN
facebook:dpelamincouture

Pemberian mahar suami sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri. Selain itu ianya mencerminkan kasih sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga. Ia juga merupakan penghormatan seorang suami terhadap isteri.

Pemberian Mahar
Memberi mahar kepada isteri hukumnya wajib. Menurut Abu Hanifah, isteri berhak mendapat mahar apabila akad nikahnya sah. Manakala dalam mazhab Syafi’e pula diwajibkan mahar bukan disebabkan akad nikah yang sah sahaja tetapi juga dengan persetubuhan. Sekiranya akad nikah tersebut fasid ( tidak sah ), suami tidak wajib memberi mahar kepada isteri melainkan setelah berlakunya persetubuhan.

Kadar Mahar
Islam tidak menetapkan kadar serta had yang paling maksima dan minima dalam menentukan mahar bagi seseorang wanita. Ianya bergantung kepada uruf iaitu keadaan semasa dan suasana sesuatu tempat dan masyarakat. Sungguh pun demikian, Islam menganjurkan agar kita mengambil jalan tengah iaitu tidak meletakkan mahar terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah.

Gambar dibawah adalah senarai nilai maskahwin yang ditetapkan di setiap negeri.



Monday 9 May 2016

Hobi: Kreativiti pelamin dan Hantaran

Menghiasi pelamin dan 'DIY' hantaran adalah kemahiran yang di Anugerahkan oleh ALLAH swt kepada kami.

Bermula dengan menghiasi pelamin adik-beradik dan family terdekat, akhirnya kami mengambil inisiatif untuk meningkatkan lagi kemahiran kami dengan menceburi dalam bidang perniagaan utk hiasan pelamin dan hantaran ini.Selain dapat mengasah bakat kami juga dapat menjalinkan 'NETWORKING' dengan customer kami untuk projek-projek yang mendatang.

Perubahan dari Hobi ke Perniagaan bukanlah semudah yang disangka. Selain menguji kreativiti kami ia juga menguji kesabaran melayan karenah customer dan juga kemampuan 'soft skill' kami untuk approach dan close deal dengan customer.

Belajar dan terus belajar,sekarang kami cuba belajar ilmu marketing untuk meningkatkan 'cashflow' kami.

'HOBI TIDAK SEMESTINYA MEMBELANJAKAN WANG,HOBI JUGA ADA YANG MENDATANGKAN WANG'

Sunday 8 May 2016

dpelamincouture: Info tentang kami

Bab 1: Pengenalan
------------------------
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Pengenalan untuk menulis BLOG yang pertama untuk dpelamincouture. Blog ini ditulis untuk memperkenalkan dpelamincouture dan servis yang ditawarkan oleh kami.

Kami dpelamincouture bermula secara kecil-kecilan dari rumah, kami tiada butik dan tiada kedai. Segala koleksi kami boleh dilihat dilaman Facebook kami 'dpelamincouture' dan juga Instagram 'D_PELAMIN'.

Buat masa kini kami menawarkan perkhidmatan mini pelamin rumah dan Set Hantaran dengan harga berpatutan.

Untuk 'next' project kami akan menyediakan perkhidmatan seperti yang disenaraikan dibawah.

a) Pelamin Pertunangan
b) Pelamin Nikah
c) Pelamin Sanding
d) Pelamin untuk Berendoi
e) Majlis Harijadi
f) Photobooth Corner.
g) Dekorasi Set Hantaran
h) Dekorasi Untuk Konvo dan untuk hari-hari istimewa yang lain
i) Fotografi
j) Catering
k) Makeup dan Baju Pengantin (Andaman)

Vendor-vendor dialu-alukan untuk berkolaberasi dengan kami untuk event dan majlis yang berkaitan.